.KliksKliksKliks.

Wednesday, September 9, 2015

Brussel Day 3, Amsterdam Day 1 (Apartment review at Nieuwmark/Amsterdam Central)


Gud bye Brussel, bandar yang pasti akan aku rindui,walaupun bandar ko x laa best mana seperti Paris dan London. Tapi coklat belgium yang fresh lagi enak pasti akan kakak rindui. Oklah bagi menghilangkan kerinduan kakak, sbelum kakak bergerak ke stesen keretapi Gare Du-Midi,sekali lagi kakak buang tebiat,pagi2 kakak dh ajak laki kakak siap2 makan bekpas kt kedai Churros depan hotel kiteorg.

Sile pokus kt  gmbr tgn kakak pegang churros bknnye gmbau kakak ko yg pelahap tgh mecekik churros ituw. Ermmm dapnye x dapat kakak bayangkan dgn kata2,hari2 aku bedal churros ni,dh laa besar2,byk lak tu satu bekas, siap bg dgn ceklat belgium yang di cairkan. Huwaaaaa i miss Brussel already!!

Sekali lagi kakak gunakan perkhidmatan keretapi Thalys ye utk bergerak ke Amsterdam. Kenapa kakak gunakan perkhidmatan Thalys? Sbb tickt Thalys murah deknon. X caya ko g tgk post kakak smlm,berapa harga tiket tu,ko tgk betul2. Ohh kakak lupe nk bg tau tips beli ticket thalys ni jgn beli lambat2 tau, kalau ko dh tk harga ticket haritu murah,sile terus proceed buat pembelian. Sbb harga makin hari makin naik. Stesyen yang perlu pilih time pembelian ticket tu nanti ialah Amsterdam Central. X silap kakak mmg last station di Amsterdam.

 Ni sekadar gmbr hiasan, akak x hamik lak gmbr Amsterdam Central Station.

Turun2 train kt Amsterdam ni best,ko turun2 je akan nampak strabuck. Die punya train station maju sikit berbanding Brussel n Paris. Orang-orang die pun baik x macam org paris n brussel,rude sgt x mau bantu tourist. Oklah kt Amsterdam ni kiteorg decide utk booked pick up, so perkhidmatan yang digunakan oleh kami ialah City Airport Taxis. Perkhimatan die ok,cumaaaaa time kiteorg sampai tu Amsterdam hujan lebat. So mmg x dapat nak tunggu luar station dengan keadaan sejuknye,bile kite call driver or call center nya langsung x nak pick up. Adoiiii hampeh. Berkali2 kite call baru nak ckp. X fhm aku org2 eropah,sewel ke bengong ke,x de adab mungkin? 

Perkhidmatan Pick Up dari Amsterdam Central: 


Tapi walaupun bengong2 deme ni, perkhidmatan yang ditawarkan oleh City Airport Taxi ni lebih murah berbanding dengan service lain. Kami amik harga 38euro tu. utk 8 orang. Tapi kt amsterdam korang kene inform tau kalau bwk infant and children, sbb dieorg mcm kt London jugak,children and infant kene pakai carseat. Paris and Belgium x payah. 

Ok mari kakak review pasal Apartment kami di Amsterdam. Ok kali ni kakak booking apartment menggunakan perkhidmatan Booking.com. Sebelum ni kakak gunakan perkhidmatan Airbnb.com. Patut laaa ramai orang suke gunakan perkidmatan Booking.com ni, walaupun mahal sikit berbanding website lain. Tapi cepat pantas and yang paling penting friendly user. Kalau website lain tu x freindly especially tang nak buat bayran. Kalau ko x ade credit card dik,jagan harap website lain nk block booking ko. Tapi dengan menggunakan booking.com,kakak bolehlah gunakn kuasa debit card kakak. Kesian akak dik, x de credit,gaji ciput laa katekan. Ecehhh. Tapi mmg aku x nak ade komitment berhutung. Say no to hutang piutang!

Ok back to the story, kami telah sebulat suara nak booking apartment di lokasi Nieuwmark,Amsterdam. Lokasi ni mcm tengah2 bandar Amsterdam lah kalau korang perasan. Sekali lg kakak bg tips, korang kalau nk booking hotel atau apartment,sile carik lokasi yang memudahkan anda untuk kemana2 sahaja and yang penting dekat dengan train station.


Ok kalau korang boleh nampak apartment kakak ni dekat tgh2 Amsterdam Central and turut berdekatan dengan tourist attraction iaitu, Rijksmuseum.

Ok ni nama apartment kami - Short Stay Group - Nieuwmarkt Area

LINK:

Die ade 2 jenis apartment,satu yang 2 rooms satu lagi 3 rooms apartment. Kiteorg booked yang utk 3 bedroom sbb kami ade 6 orang. Apartment ni ok cantik and loike it, tapiiiiiiiii check in nye kt lokasi lain. Tunjuk alamat kt driver yang pick up kiteorg tu igtkan tu lah rumahnye,sekali lps check in org di beritahu,kene jalan kaki dalam 15min utk ke apartment. Huwaaaaa!! Driver kami dh tinggalkan kami lak tu, beg dah laa berbondon2.. hadoihhh! Terpaksa laa org tu call taxi driver. Kat Amsterdam susah korang nk nampak kenderaan bermotor sebab semua org guna basikal. So kalau nak taxi mmg kene call,kalau x sampai kiamat laa ko x kan dapat taxi.

Amboi yang datang pick up kami semuanya pakai Mercedes Benz, mati laaa nak mak nak kene bayau. Mmg ko,10min je dari tempat check in,nanges sgt harga die 40euro ko kene!! Costly dlm rm120. Mengamuk2 abang ipau aku. Tapiiiiiii,banyak betul tapi dalam penceritaan aku kali ni, bile masuk je rumah, fuhhh semua org hilang marah. Sebb rumah kiteorg cantik sgt2!! 

Ni kawasan apartment kiteorg, nama je apartment x tinggi mana pun, aku nye tempat ala2 rumah, mmg 2 tingkat. Tingkat bawah ialah bilik tido kiteorg, atas kitchen and tempat istirehat,cantik sgt sgt!!! X sangka dengan harga semurah RM1200 satu malam,kiteorg dapat rumah yang sgt2 cantik.fefeling ddk oberseas gituww..Hommies sgt!!


Nampak x bilik kiteorg ni,luar tu mcm balcony,ko boleh letak meja picnic. Anak aku pun gembira dpt rumah ni,boleh die menyelit2 celah katil sambil tgk mak bapak nye picnic.Wakakaka




Lupe lak amik gmbr bahagian kitchen.Kitchen die pun cantik sgt, mmg puas hatilah. Total kiteorg spend utk 3 malam ialah RM3600 ko bahagilah 6. Harga not bad and selesa utk family. Makanan halal alhamdulillah senang jugak carik, sbb dkt dengan Redlight District,situ banyak makanan halal.


Dekat Amsterdam ni yang paling aku suke sebab tenang sgt. X de kenderaan bermotor,cuaca sejuk, x bising. Banyak sungai and jambatan. Ko boleh tgk lah dlm gmbr aku ni ade berapa banyakn jambatan daa. Afta je semuaorg rehat and solat kejap,kiteorg terus keluar utk ke Flower Market atau dikenali sebagai Bloemenmarkt dan Damrak. Jalan kaki je diknon,kan kakak dah cakap, carik lokasi yang dekat dengan tourist attraction.

Ni ialah pembaca tegar map kami,kenalkan namanye En Man. En Man akan tolong kami dengan menggunakan bacaan petanya,alhamdulillah x sesat



Kat Amsterdam ni semua org naik basikal, jadinye kalau ko bejalan kaki bukannye ko kene berhati2 dgn kete mahupun bus,tapi berhati2 lah dengan basikal sbb deme jalan laju sungguh! Satu lagi ko jgn lalu lane die,habis kene kring kring nnti.

Satu lagi kalau korang nak try,boleh bermalam dalam rumah boat mcm ni,aku rasa sbb harga hartanah mahal lah kt sana,jadi ramai yang jadikan boat sebagai rumah. Kalau korang nak tido dalm houseboat mcm ni,dalam booking.com pun ade jgk,boleh laa try booking. Mcm aku ade anak kecik payah,kang ade lak terjun nnti keluar boat.


Jalan punya jalan dalam 20 minit camtu sampai lah kami ke destinasi yang di tuju2 dan di tunggu2 oleh para emak-emak sekalian iaitu Flower Market,muke mak mertua aku kemaen sgt senyum lebaunye. DIsamping boleh melihat-lihat kecantikan bunga-bungaan boleh jugak sauk barang2 sorviner. Kalau korang nk carik sorviner,this is the place.Harga yang ditawarkan x laa murah mana,tapi korang kene pandai pilih,carik brang yang offer. Mcm aku beli laa mug buy 1 free 1,nak bg org2 sorvenir,jadilahkan dari x ado.


Ni gambar dari belakang kedai,transparent je,cantikkan?
Sumber: Google
Kakak x sempat pulak nak tgkp gmbr dr belakang cm ni deknon

Ni dari view depan



Fresh tulip



Mcm ni lah cth2 barang yang dijual kt sini.
gmbr sumber,google.Akak x sempat nak snap2 gmbr dik sbb smpai situpun dh ptg,kedai pun nk tutup,mcm peluru kiteorg pilih barang.

Next kami meneruskan perjalanan ke Damrak. Damrak ni best!! Byk street brand ala2 kt oxford street. Best sgt2,tapi time kiterg smpai ni kedai dh tutup. Pukul 6 ptg je semua kedai dh tutup. Haiyarkkkk!Yang bukak time kiteorg smpai tu hanyalah mark&spencer shj.Tapi best mark &spencer dieorg kt sini jual brg basah,so kiteorg beli roti,telur,macam lagi lah sbb nak masak,ade dapurkan cantik kt apartment tu
kan.



Macam nilah lebih kurang kedaan di Dam Rak.



Jalan punya jalan sampailah kt tengah2 bandar Amsterdam yang dipanggil Dam, tgh2 ni ade few bangunan historical yang korang boleh tgk,ade Madame Taussaud and yang paling best..jebgjengjeng shopping complex belakang adik ipau aku tu The B'jenkorf.Kerlesss!! Hakak suke,die ala2 lafayyete uollsss!!! LV segala bana ade dlm tu,mlm ni x ley laa kakak terjahkan,esk pagi2 kakak masuk sana ok. 

Korang jalan je depan sikit,die mcm ditengah2 street.Ok kalau membelakangkan B'jenkorf korang amik street kiri,situ Red Light District deme panggil,banyak jual makanan halal. Tapi yang kakak beli pizza ni x tau laa kan tahap halalnye sbb bukan arab yang jual. So kiteorg beli pizza full Cheese.Aummmm dapnye!!! murahlak tu 3euro sahaja utk satu keping besar, boleh share 2 orang. Kalau kt Brussel kiteorg mencekik ceklat and churros kt sini Cheese and Pizza pulak,arghhhh!! Gemok gemok!!

Fresh and big slice

Tadi beli barang basah masak utk brekafast esk rhupenye. Jadi kami semua dh kebuluq,,mengahadap je kedai pizza ni ade kedai kebab,ape lagi,bedalll laa makan. Alhamdulillah sepanjang 14 hari trip kami ke eropah,belum pernah kami berlapar utk makan,syukur Allah sentiasa temukan kami dengan kedai kebab. Tapi kalau korang jalan2 x jumpe jgk, sile carik dalam website zabihah.com. Insyaallah ade kedai mknan halal sekitar korang. Oklah, kakak nak balik umah dulu,hopefully tips utk posting kali membantu,see you tomorrow utk post Amsterdam day 2!

No comments: