.KliksKliksKliks.

Tuesday, September 8, 2015

Brussel Day 2 - Ghent & Brugges City Tour





Good Morning Brussel city :) x dpt gmbrkn dgn kata2, cantik betul bile tgk semua bgnunan ni especially time pagi. So hari ni kakak and the family dh decide nak buat outskirt tour. Kiteorg nak g tgk Unesco World Heritage listed city at Ghent & Brugges. Ok kakak kasi mukadimah sikit ye apa yang specialnye Ghent & Brugges ni. 

Ok Ghent ni mcm historical place,byk bangunan2 lama yang korang boleh tgk n tgkp gmbr. For me aku lebih sukekan Brugges, patutla trsenarai as one of heritage places, sbb die dikenali sebagai "The Venice of The North". Mmg separuh city die dikelilingi air and yang paling best turun2 je bus korang mesti boleh tgk taman2 yang dikelilingi oleh pokok2 yag sgt cantik, ala2 citer Merlin,haaaa cm tu laa lebih kurang. Actually aku pun x tau Brugges ni ade ape sblm dtg sini, boss aku yg suggest suh g. Kpd yg sukakan sight seeing this is the place for you! 

Ok meh kakak cerita lak, dari mana kakak beli package trip ni.Kalau nk driving rasanye mcm gigih sgt,so kiteorg decide beli dengan Viator.com. Kpd korang yg x nak pening2, viator.com ni mcm org tgh perantarana dgn agen yg akan bwk korang tu. So kalau korang rasa korang x tau mana nk booking,sile laa booking di viator.com ok ;) Agak mahal dari harga beli direct dgn agent,tapi die sgt membantu especially for long haul country. Ko mane kenal agent dari sane diknon!!



Ni haaa link and cth gmbr dari page viator.com. Aku dh survey2dlm viator harga yang paling berpatutan skali utk tour Ghent & Brugges ni. I loike.

Ok once korang dh confirm dengan pembelian korang, last skali sebelum proceed to payment, die akan suruh korang pilih hotel utk pick up. Mcm kami pilih hotel Marriott,kerlas sgt kan aku bajet ddk Marriot, agent yang amik package dari viator ni menawarkan perkhidmatan pick up dri depan hotel, so bile dh print booking tu korang akan nampak apa nama agency yg akan pick up korang,berserta no tel and pukul berapa korang kene tunggu depan hotel. Biasanya tour mcm ni dieorg akan pick up korang seawal pagi.


Then die akan kumpulkan korang kt satu tempat utk naik bus bersama-sam dengan pembeli-pembeli pacakage dari viator.com yang lain. Pelbagai bangsa dalam bus tu uolls,kakak rasa antarabangsa sgt! wakaka!! Ok utk pengetahuan korang,agent yang uruskan kami ialah dar Brussel City Tours.Kalau korang rasa beli dlm viator mahal, korang boleh je beli direct dari website ni.

Ghent & Brugges tour by: 


Bermulalah perjalanan kami seawal pukul 9pagi menjelajah Ghent & Brugges city dengan menaiki bus.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam utk ke lokasi yang pertama iaitu Ghent. So dlm bus tu sama ada ko boleh cuci mata atau buat taik mata. Choose bebeh choose!!

Anak aku kejap je bertahan dalam bus,lps tu tido,dgn mak dan bapaknye skali pun tido.ish ish ish!

This is the new city of Brussel. Brussel city ni nampak je kosong tapi kalau ko tgk bandar die aku rasa canggih and up to date.
Ko tgk tong sampah recycle die tu,kerless kan.
Then korang akan lalu taman yang mnjadi one of the attraction at Brussel ni ala2 Hyde Park kt London gitu,lawa gilos! Dieorg ni mcm sgt preserve kehijauan yang dieorg ade,so korang boleh tgk nanti kt brugges seolah2 taman dalam syurga.


Kilang Godiva besar giloz




 Dah nak sampaiiiii! X zabar

GHENT











 Bile review pasal bandar Ghent, aku rasa Ghent ni banyak trikut dengan pengaruh dari negara Netherland. Aku dh rasa ala2 mcm dkt Amsterdam sbb senibina rmah die sejibik Amsterdam and tepi2 sungai dieorg buat rumah. Pada aku kt Ghent ni x ade ape2 sgt. Kalau korang nk skip nak g terus beli package ke Brugges pun boleh dik non. Ghent ni kebanyakkan ade bangunan lama2,mcm dlm citer movie zaman raja-raja purba dieorg,bangunan lawa,tapi pada kakak,kakak boleh tgkp gmbau je lah jwpnnye, nak masuk pun dieorg dh tukar palace tu jd church, kejadahnye kakak nak masuk ye dok??





Tempat ni je yang kakak betul2 suke,sbb die betul2 tengah-tengah bandar Ghent yang menghubungkan semua jenis pengangkutan. Korang boleh tgkp gmbr dengan bangunan lawa2 kt situ. So kalau org tya dh smpai Ghent? Yes we are! 




Canggih gak Ghent ni siap ade tramp. Kt brussel ni pengangkutan awam dieorg ialah tramp, bandar2 kecik mcm ni pun pakai Tramp. Kerlas. Kan kakak dh ckp nmpk je Brussel ni mcm x de pape, tapi canggih!




NI last pit stop kiteorg die lepaskan kiteorg mcm anak ayam utk beli sorvenir. Haaaa satu je lah yang best kat sini sorvenir murah,kedia x byk. Ade few kedai je,tp aku terus attack kedai lace,trnayata kt Ghent ni harga lace sulam tgn lebih murah dari bandar Brussel. Kemaen sgt mak mertua habis nak di borong nye satu kedai, aku borong sikit2 je jadilah. Lace tgn die boleh tahan jgk woooo!!



Ni sume sulam tgn tau, marah org Brussel tu kalau ko mintak diskaun. Ye ye aku tau sulam tgn bukannye sulam pki mesin cap made in China. Ggggrrrr!! Utk x mengecewakan diri sendiri,aku beli lah as a birthday present utk mak n kakak aku. Tp kedai ni baik, kakak jamin die x marah ko. Dah lah baik murah lak tu dr kedai2 kt bandar Brussel. So kalau nk beli lace beli kt kampung2 die je ye diknon. Kalau ade outskirts nye tour,korang beli je kt Ghent ni. 

Slps membeli belah, mak tiri kami aka tour guide telah mengarahkan utk kami2 naik bus! Sbb perjalanan nak ke Brugges akan ambil masa dalam 30minit, nak smpai kalau boleh b4 lunch time,so kami2 semua boleh lunch kt sana. Tapi aku kt Ghent ni dh kebulur, g carik kedai sandwhich.Aku beli fish sandwhich je pastu bedal. Auummm!!

BRUGGES
Tadaaaa dah smpai!!

Jambatan yang menghubungkan Sungai dgn bandar Brugges

Brugges city,omaigadddd lawanye!! Kakak rasa mcm dlm citer Merlin
Ya Allah cantiknye, sampai2 je aku tergamam diknon dengan keindahan cipataan Allah swt. Masyaallah cantik sgt! Dulu kecik2 aku selalu dreaming nak tgk taman tergantung Babylon yang pernah listed as 7 wonders, so aku dapat gambarkan mungkin secantik taman ini dengan keadaan yang tenang. So dh tua sok laki aku tya nk bercuti kt mana,aku nk request bercuti kt Brugges menikmati keindahan dan kehijauan alam.


Park. Mat salleh kt sini semua buat aktiviti riadah sbb cuaca sgt cantik musim bunga ni,kt rumput2 pun korang boleh nampak bunga-bungaan tumbuh. Brugges im in love!!


Kat area sini ade few hotel,tapi mcm hotel kecik2,so kpd sesiapa nak rasa pengalaman tido satu mlm di Brugges ni kakak mmg suggest sgt.





Mausk2 je dalam perkampungan Brugges ni korang akan nmpak banyak sgt bunga dandafoils tumbuh. Ya Allah rasa beruntung sgt dpt tgk bandar Brugges pada musim bunga. Cantik!!

Lps tu kami di bawa utk lucnh sebelum start tour. Punya laa bingai tour guide kami ni,bwk kami ke kedai kawan die,bukan kedai biasa ok..restaurant bertaraf 5 bintang. Aku tgk menu semuanya stock siput escagort yang mahal tu. Appetizer pun 10 euro..kalau aku amik siput sedut tu berapa laa pulak kan. Jd laki2 kami ni pun request dgn tour guide yang bingai tu utk mkn sendiri. Alhamdulillah,jalan dua ke tiga kedai je dr restoren mewah td ade terselit satu kedai kebab! Fuhhhh lega sgt!!! So kepada muslim traveller yang nk dtg sini mmg recommended sbb ade satu kedai halal terselit. Location betul2 tgh2 bandar brugges. Kt bawah ni alamat die ye anak-anak.

HALAL KEBAB AND SNACK HOUSE: 
Wijngaardstraat 14, 8000 Brugge, Belgium
+32 50 74 41 28



Muke kebulur semua org,ha3


Burger kebab

Habis je makan tour guide kami yang bingai tu bawak kami jalan2 sekitar bandar Brugges. Nampak x cantik sgt!!! Dieorg panggil lake of swan. Byk sgt swan2 kt sini,yang bertelur ade, yang berenang ade. Tp org2 x kacau pun swan tu. Harmoni betul bandar ni.



And then kami nak merasalah tour satu bandar ni menaiki sampan/small boat. Rugi kalau sampai sini x tour naik boat.Akak nk filing2 Venice.





















Punyalah cantik bandar ni. Mmg berbaloi2 aku mmebuat pelaburan utk datang ke sini. Actually second day kalau korang x nak bazir duit, boleh korang tour kt Bandar Brussel pergi tgk Atomium & Mini Europe. Tp yang tu commend sgt kan. Lets try something different. Lagi pun sblm smpai sini mmg byk review yang aku dh baca,mmg berbaloi2 sgt dgr review dieorg.

 Lepas naik boat ride, kami dibawa sambung melihat sekitar bandar brugges ni. Jalan kaki tau deknon. Seb baek cuaca sejuk







Subahanallah,cantiknye view dari atas jambatan. Ni no edit no camera trick okay.Mmg pemandangan sama sejibik mcm dalam poskad.





Last skali sebelum kiteorg balik, die lepas kan kiteorg untuk beli some sorvenir utk dibawa pulang. tapi kami2 dh penat sgt berjalan,and tour guide yang bongok tu x bg kiteorg jalan jauh2 padahal banyak je barang kt brugges ko boleh beli,so kiteorg borong godiva je laa memandangkan smm kiteorg x merasa godiva.

Perjalanan pulang takes about 2 hours jgk,so kami sampai2 je bandar around 6pm. Sempat lagi kalau nk jln2 bandar Brussel. Ok kakak dh penat, see you next entry,Amsterdam day 1.

No comments: