.KliksKliksKliks.

Monday, September 28, 2015

Amsterdam Day 3 Part 1 - ZAANSE SCHANS WINDMILL TOUR, VOLENDAM CHEESE TOUR & MARKEN FISHERMAN VILLAGE


Hello Blogger, kakak bersara seminggu dari menulis blog nih,penatlah asyik menulis, jd kakak pun layan movie-movie hantu seminggu lepas. Ok lah kakak hari ni nak hapdet Amsterdam day 3. Amsterdam day 3 ni kakak buat tour yang mmg wajib utk tourist mcm kiteorg ni g. Hari ke 3 kt Amsterdam ni kiteorg buat keje gile sikit. Kiteorg buat tour 4 tempat skali. Kalau korang dgr pun boleh pengsan. Tapi mmg cukup buat satu hari rhupenye. Bawah ni list tour yang korang boleh buat dalam masa satu hari.

AMSTERDAM TOUR: 
1) Zaanse Schans Windmill
2)Volendam Cheese Tour
3) Marken Fisherman Village
4) Keukenhof Tulip Garden Tour

Kenapa kiteorg pilih sekali gus nak buat tour ni? Sbb kami stay in Amsterdam less then 4 days, hari pertama kompem dah burn,hari ke 2 city tour,hari 3 amsterdam outskirt tour and last day dah balik malaysia. So we dont have any choice utk bahagi2kan tour, so aku and kakak ipar bertungkus lumus mane laa travel agent yang boleh tawarkan ko buat semua tour in 1 day. Sekali lagi, Viator.com telah menyelamatkan aku. Tadaaaaaaaa,semua ade dlm viator, ko pilih je nak tour ape,nak hari ape.

Haaa nmpk seperti harga di atas and tgk berapa tempat yang di tawarkan. Mmg agak mahal utk satu tour ni,tapi ko kire balik betul2 dik non,pergi smpai 4 tempat termasuk transport dan enterence fees. RM300++ Tp dapat pergi 4 tempat.Aku rasa berbaloi je. Terpulang pada anda, siapa yang lebih sukakan adventure nak drive sendiri pun boleh.

Ok mari kakak ceritakan first trip kakak ke tempat idaman semua tourist kalau smpai kt Amsterdam.

ZAANSE SCHANS WINDMILL
 

Haaaa nampak x, makan dalam x kakak dah sampai kt perkampungan windmill tau. Dari Apartment kiteorg,kiteorg kene berjalan sampai ke Damrak sbb nak amik bus di Amsterdam City Tour. So dpn travel agent tu korang boleh pilih nak g mana dulu,tgk bunga ke buat cheese ke or windmill. Kiteorg sume choose utk pergi tour Windmill di perkampungan Zaanse Schans. Perjalanan takes about 1 hour utk kesini dari Amsterdam city. Tour mcm ni korang mmg kene as early in the morning kene start dh tour. Kitorg dh gerak naik bus at 8am.So smpai windmill ni dlm pukul 9am. So cuaca so fresh sbb awal pagi and perkampungan ni kebanyakkan dieorg usahakan pertanian,so korang pasti akan teruja dgn cuaca pagi dkt Amsterdam.









Pirst time laa kan tgk windmill besar kedabak depan mata,kami pun sakan laa bergambo

 Kalau korang gi Amsterdam ni mcm x sahlah kalau korang x singgah sini. Windmill ni mmg salah satu tarikan utama di Natherland,sbb org2 di Netherland ni menggunakan kincir air ni sebagai salah satu sumber utk hidupkan elektrik,pertanian mahupun pekerjaan harian. Kalau korang tgk gmbar2 kt bawah ni, kiteorg choose utk tgk windmill yang menggunakan teknologi menghancurkan batu menggunakan kuasa angin. Haaa nmpk x canggihkan dieorg ni,teknologi ni dieorg dh start daripada dulu sbb negera dieorg byk angin. Skang kincir angin sume dh modern,koran g x ley melawat mcm ni.

Dalam windmill,siapa nak panjat ddk ata windmill boleh,dipersilakan,tapi tangga die mmg seram laaa,curam,anak2 kecil mmg x dibenarkan naik.

Lebih kurang gini laa rupe keadaan dlm windmill ni, korang as a tourist mesti dieorg akan bg penerangan serba sedikit pasal windmill and ape keistimewaan windmill yg korang masuk ni


 Macam ni lah rhupe tangganye,kalau sanggup silekan panjat.

Tadaaaa dh smpai,penat akak tau,gigih panjat tangga curam tu



Haaaa dh smpai atas ni korang pasti akan kagum tgk keindahan perkampungan kincir angin ni. Subhanallah cantik sgt! Everything is so green

Ape lg,kakak posing maut laa kan


Korang kalau naik atas ni mmg boleh rasa angin kipas tu kuat nak mampus,jgn dekat2 nau mau ko kene libas nnti dgn kipas ni

Team panjat,yg lain2 jaga anak2 kecil di bawah,aku x sedo diri anak tinggal kt bawah main itik serati


Letops laaa,kakak ipau tlg snapkan dari bawah.Ohsem!

Kah!! Anak aku takut itik serama!

Cute kot itik ni,itik kat sini bersepah2 je weh. Sbb mmg nature itik kt sini bersepah2 org x kacau x curik,kalau kt mesia ni mampus dh org curik itik ternakan ko

Lps tgk2 windmill korang bolehlah melawat perkampungan dieorg,cantik sgt!





Ok ready to our next destination!! 

VOLENDAM CHEESE TOUR & MARKEN FISHERMAN VILLAGE 



Okeeh2 ni tempat yang paling kakak sexcited nau nk citer! 2 tempat ni actually sekali je dlm satu kampung, cuma satu kampung tu terletak kat atas2 bukit ala2 dlm citer lord of the ring perkampungan hobbit satu lg perkampungan nelayan tepi laut yang telah di kepung menjadi tasik besar. Ok first skali dieorg akan bawak korang tour masuk kt dalam kampung untuk melihat sendiri pembuatan cheese. Tp die bwk korang mcm dalam kilang gituw. Sebelum smpai kilang tu korang kene lalu perkampungan dieorg. Omaigad!! Cantik sgt perkampungan dieorg, bersih, duduk rumah kayu, persekitaran hijau, i really fall in love dgn Amsterdam. Perjalanan utk sampai ke Volendam and Marken ni takes about 30 minutes dari Zaanschan.



Ni perkampungan di Volendam,cantik sgt! Nak ddk sini boleh x?? 


Ok dh jalan2 macam nk rak, sbb jalan die berbatu2,so pastikan siapa bawak stroller tu kene kukuh laa tayar die,sbb mmg parah nak tolak anak ko. Anak ko ddk dlm stroller tu pun bergego gego! Haha! Ok kakak nak citer lah pasal pembuatan cheese kt Volendam ni. Memang ade pelbagai cheese. Mcm biasalah sampai2 je die akan tunjukkan ko pembuatan cheese and kegunaan cheese2 dieorg. So kami ni pun trpedaya dgn persembahan dieorg makanye aku pun turut membeli cheese buat Netherland ni. Haha! Rasa rugi lak dh smpai Holland ko x bwk balik cheese kan. Mmg terbaek wokk!! Seb baek aku beli,aku bantai buat sandwhich,mkn dgn pasta,mmg aumm!!!


 Ade pelbagai jenis cheese,korang kene hati2 pilih ok sbb ade cheese yang campur gn rum sbb die peram cheese tu utk tahan lama. So make sure beli cheese yang x de rum.

MARKEN

Ok dh selesai kiteorg membeli belah cheese dieorg bwk kiteorg mkn the frsh fish and chip tepi perkampungan nelayan Marken ni woiii! Wow!!! Mmg teruja wok! Selamat laa aku beli tour ni,semua tempat die bawak,best2! Actually kalau korang baca sejarah pasal Marken ni,dahulunye die ialah sejenis lautan luas yang byk ikan dari deep ocean. Tapi disebabkan perkampungan di situ telah mula wiujud, jadi org2 kampung kt situ bersetuju utk jadikan lautan itu sebagai sebuah tasik yang luas. Bile borak dgn org kt sana dieorg citer, org kampung situ kepung laut tu dengan binaan dan dijadikan tasik air masin. Smpai sekarang ia telah dijadikan tasik tapi airnye masin. Haaaa tu yang unik pasal Marken ni,so korang yang dtg Amsterdam kene dtg sini utki rasa sendiri keenakan Fish & Chip Tasik Air Masin di Marken ni.

Perkampungan nelayan di Marken,Holland


Ni laaa kedai Fish & Chip yang patut korang cuba tu, serendah 3.50euro Fish & Chipnye yang fresh di masak kt situ jugak. Sotong goreng tepung die pun sedap,semua lah sedap!

Muka suami gembira dapat makanan laut 




Makanye kami pun ngap!! Lapaaaaaa!!

Di sbbkan masa break agak lama,makanye kami choose utk lepak dalam kedai sbb mek lala tido,kt luar cahaya matahari terik. Then we choose utk minum air panas at one of the shop yang menghidangkan fresh hot choc! Haaa ko tgk hot choc die hidang mcm mana dgn mars siap whipping cream dgn hot fresh milk. Ko bancuh lah sendiri. Ermmm dapp!!

Ok afta rest for almost 1 and half hours, our tour guide panggil balik utk rasa naik boat utk ke perkampungan seberang utk melihat sendiri pembuatan Clog atau lebih dikenali sebagai terompah kayu Holland. Mmg x sah kalau datang ke Holland x tgk sendiri atau dapatkan cenderahati berupa terompah kayu yang dipakai opleh petani mahupun penduduk2 Holland pada suatu ketika dahulu.
Dalam boat nak bergerak ke perkampung sebelah yang turut di panggil Marken

OK selfie dulu sebelum anak bangun tido
Selfie dua
Plinkkkkkk anak dah bangun tido,haha!

Jadi jawapannye x dapat laa merendek kt atas boat feling feling titanic kan,ko ddk laaa kt bawah boat tu. Kt bawah boat ni ie ade mcm smlm cafe and kerusi pada sesiapa yang ade anak kecik,senior citizen mmg sesuai ddk bawah macam aku,ley ngap nachos skali.Haha!! Perjalanan nak ke perkampungan sebelah takes about half an hour. So see you next entry Amsterdam Day 3 Part 2! Kite cover Clog making and Tulip Keukenhof Garden,yeahhh!! See you all!